PRK Slim: As-Sabiqun PAS Lumut ‘turun medan’

- Advertisement -

TANJUNG MALIM: As-Sabiqun PAS Kawasan Lumut telah mengerah tenaga dan sebagai suntikan jihad kepada generasi muda apabila turut bersama ‘turun medan’ membantu gerak kerja Jentera PAS PRK DUN N.58 Slim.

- Advertisement -

Rombongan diketuai Pengerusi As-Sabiqun PAS Lumut, Mohd Radzi Mohd Nor ini bergerak dalam beberapa siri gelombang sejak penamaan calon hingga selesai pengumuman keputusan, di sini malam tadi.

“Kita sebagai As-Sabiqun, orang lama PAS dalam parti, perlu menjadi contoh kepada golongan generasi baharu anak-anak muda PAS dalam gerak kerja pilihan raya yang punya tenaga dan kekuatan fizikal, berbanding kami rata-rata telah berusia 60 tahun ke atas.

“Kalau ikut tenaga memang tidak mampu menyumbang gerak kerja seperti anak muda. Namun kehadiran kami mampu beri semangat kepada petugas dan anak muda lain.

“Kalau tak pun, kita juga mampu memberi sumbangan dalam bentum lain seperti kewangan kerana orang lama seperti As-Sabiqun ini mempunyai kewangan yang stabil,” ujar Mohd Radzi.

Mereka sepanjang tugasan pada PRK ini telah melaksanakan gerak kerja yang diberikan di Unit Daerah Mengundi Kampung Changkat Sulaiman.

Antara turut hadir adalah Setiausaha dan Ahli Jawatankuasa As-Sabiqun PAS Lumut, Zulkifli Ahmad Nadzri dan Abdul Rahman Othman. – HARAKAHDAILY 30/8/2020

- Advertisement -