Kekal kemenangan lebih getir

- Advertisement -

KOTA BHARU: Semua pihak diingatkan tidak leka dengan kejayaan menguasai pentadbiran di Putrajaya sekarang.

Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan Dato’ Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof berkata, mengekalkan kemenangan lebih getir memandangkan cabaran di hadapan begitu hebat.

- Advertisement -

Katanya, biarpun Perikatan Nasional (PN) sekarang berkuasa dengan majoriti tipis, namun kerajaan yang ada hari ini mesti dipertahankan demi manfaat umat Islam dan seluruh rakyat.

“Malah majoriti rakyat menzahirkan mereka selesa di bawah kerajaan Perikatan Nasional sekarang,” katanya pada ucaptama sempena Muktamar Muslimat PAS Kelantan kali ke-47 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), semalam.

Muktamar berkenaan dirasmikan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan.

Oleh itu, Siti Zailah yang juga Timbalan Menteri Wanita dan Keluarga menyarankan jentera muslimat PAS di pelbagai peringkat memulakan gerak kerja bagi mempertahankan kemenangan itu. – HARAKAHDAILY 30/8/2020

- Advertisement -