Kayuhan Merdeka DUN Tg Lumpur meriah

- Advertisement -

KUANTAN: Kayuhan Merdeka @ Komuniti 2020 DUN Tanjung Lumpur telah dianjurkan oleh Pejabat Penerangan Kuantan dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat DUN Tanjunh Lumpur bertempat di Pantai Kempadang, di sini hari ini.

- Advertisement -

Kayuhan bermula seawal jam 8 pagi ini disertai 160 peserta menempuh laluan sejauh 25 kilometer dilepaskan bermula dari Masjid Al-Falah Batu 3 dan berakhir di Pantai Kempadang, di sini kira-kira jam 9:30 pagi.

Pelepasan disempurnakan ADUN Tanjung Lumpur, Ustaz Rosli Abdul Jabar di mana acara turut dihadiri ADUN Beserah, Andansura Rabu dan ADUN Panching, Ustaz Tarmizi Yahaya serta Pegawai Penerangan Daerah Kuantan, Zayana Zahira Mad Isa.

Turut serta antaranya Ketua Umno Bahagian Kuantan, Dato’ Sri Hamid Nazaha dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Padang, Saaban Awang serta Ahli Jawatankuasa setempat.

Selain kayuhan berbasikal, terdapat aktiviti lain seperti pertandingan hiasan puding, kereta berhias bertemakan kemerdekaan untuk orang ramai berfoto kenangan, pertunjukkan bermain kereta kawalan jauh selain program diselang selikan dengan cabutan bertuah.

“Dengan program ini, dapat melahirkan semangat cintakan sesama Muslim, saling berukhuwah dan menjalinkan silaturahim, selain memupuk semangat cintakan negara,” ujar Ustaz Rosli. – HARAKAHDAILY 30/8/2020

- Advertisement -