YDP PAS Bentong ‘duta istimewa’ Orang Asli

- Advertisement -

BENTONG: PAS Kawasan Bentong telah mengadakan Ziarah Santun sempena bulan kemerdekaan yang turut berkesempatan menyantuni beberapa pelajar Orang Asal bertempat di Perkampungan Orang Asli Sungai Bilut, di sini kelmarin.

- Advertisement -

Ziarah ini diketuai Yang Dipertua PAS Bentong, Mohd Khairuddin Abdullah diiiringi Ketua Penerangan dan Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Bentong, Zamri Nong dan Munzir Shamsudin serta Setiausaha PAS Cawangan Bilut, Tuah Tonel.

“Alhmdulillah hari ini kita berkesempatan sekali lagi menziarahi ke sini sebagai tanda keperihatinan dan menyampaikan sedikit sumbangan,” jelas Khairuddin gembira.

Beliau dapat bertemu dengan para pelajar termasuk yang mencatat pencapaian cemerlang SPM 2018 dari Sekolah Menengah Kebangsaan Lurah Bilut dan mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Institut Pendidikan Guru (IPG) Terengganu.

Terdahulu, pada pagi hari sama, Khairuddin yang juga bekas guru telah diundang oleh pihak sekolah SMK Lurah Bilut untuk menyertai misi ‘Memujuk Sakinah’.

Pihak sekolah juga telah meminta jasa baik Khairuddin untuk membantu memujuk dan berkomunikasi dengan seorang nenek bukan-Islam bagi memberi kefahaman kehidupan seorang Muslim berikutan tinggal dengan anak dan cucu beragama Islam.

Beliau yang dianggap sebagai ‘duta istimewa’ masyarakat Orang Asli bahawa hal tersebut akan diusahakannya dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Bentong untuk diselesaikan. – HARAKAHDAILY 29/8/2020

- Advertisement -