Muktamar Dewan Ulamak 12 Sept di Madu

Dato' Dr Johari Mat
- Advertisement -

MACHANG: Markas Dewan Ulama PAS Kelantan (Madu) di Labok akan menjadi lokasi Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat yang diadakan pada 12 September ini.

Timbalan Mursyidul Am Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob dijangka merasmikan muktamar tersebut bermula jam 8 pagi. Muktamar dijangka berlangsung sehingga 2 petang.

- Advertisement -

Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat Dato’ Dr Johari Mat berkata, seramai empat perwakilan Urusan Ulama PAS kawasan seluruh negara akan hadir kecuali Sabah dan Sarawak.

“Langkah itu dibuat dengan mengambil kira pandemik Covid-19 selain mematuhi SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Pemerhati tidak dijemput.

“Kita menjangka kehadiran perwakilan seluruh negara kira-kira 400 orang seperti Muktamar PAS Pusat yang diadakan sehari selepas itu,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Muktamar Dewan Ulamak PAS Kelantan di Markas Dewan Ulamak di sini, hari ini. – HARAKAHDAILY 29/8/2020

- Advertisement -