JSPK PAS dan Umno bantu ibu tunggal

LUMUT: Jawatankuasa Sementara Penduduk Kampung (JSPK) daripada PAS dan Umno telah mengadakan program secara bersepadu membantu ibu-ibu tunggal yang tinggal sekitar Seri Manjung di Dewan Kampung Teluk Pencalang, di sini kelmarin.

Advertisement

Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memberi penerangan berkenaan bantuan kerajaan dan inisiatif lain yang telah diumumkan oleh Kerajaan Malaysia di mana para ibu tunggal boleh memohon bagi meringankan beban kehidupan mereka.

Program tersebut telah dihadiri sekitar 50 ibu tunggal di mana turut berkesempatan bertemu dan mendengar ucapan disampaikan Ahli Majlis Perbandaran Manjung, Rosli Abd Rahman.

Pada program ini, Muslimat PAS Kawasan Lumut turut membantu ibu tunggal mengisi borang bantuan one-off dari Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat secara kerjasama  JSPK PAS dan Umno Kampung Pencalang.

Turut hadir dalam program ini Penghulu Kanan, Mokhtar Yaakob. – HARAKAHDAILY 28/8/2020