Jelajah Merdeka Dewan Pemuda PAS Bentong

- Advertisement -

BENTONG: Dewan Pemuda PAS Kawasan Bentong telah mengadakan siri jelajah dan ziarah sempena kemerdekaan ke seluruh PASTI dan SRITI dalam Parlimen ini, di sini kelmarin.

- Advertisement -

Siri jelajah ini dipimpin sendiri Ketua Pemuda PAS Bentong, Muhammad Naqib Sahimi diiringi saff kepimpinan Pemuda PAS Bentong melawat setiap premis pendidikan tersebut pada awal pagi itu.

Ziarah ini bertujuan memupuk semangat patriotik dan cintakan negara di hati anak-anak cilik bakal pewaris kepemimpinan negara di masa akan datang, selain mengambil maklum perkembangan PASTI dan SRITI.

Jelajah sehari itu telah bermula di PASTI An-Nur Taman Kolej, diikuti PASTI Ar-Rahman Chegar Medang, SRITI Al-Abrar dan seterusnya ke PASTI Al-Falah sebelum ke PASTI At-Taqwa di Lurah Bilut.

Ziarah kemerdekaan disambung menyusuri Gugusan FELDA Mempaga 1 untuk menziarahi PASTI Al-Ikhwan dan berakhir di PASTI Al-Iqra’ Bandar Karak Setia.

Misi jelajah diisi dengan amanat oleh ‘Abang Naqib’, nyanyian lagu kemerdekaan dan penyampaian Jalur Gemilang kepada semua enam PASTI dan SRITI yang terdapat di dalam Kawasan Bentong. – HARAKAHDAILY 28/8/2020

- Advertisement -