GENERASI rai anak peneroka di Slim

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pertemuan sepentas bersama anak-anak Felda telah berlangsung dalam satu program Kenduri tahlil bersama masyarakat Felda sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim anjuran oleh Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) dan Kami Anak Felda (KAF).

Presiden Generasi Warisan Kebangsaan (GENERASI), Ustaz Roslan Md Esa berkata, beliau berkesempatan menghadiri program yang berkenaan dan berharap agar komitmen untuk terus bersama dengan kepimpinan dalam memancu kecemerlangan Felda dan generasinya dapat diteruskan.

- Advertisement -

Bagaimanapun beliau berkata, GENERASI turut diberi penghormatan untuk bersama-sama dalam menjayakan program yang telah dianjurkan itu.

Turut hadir dalam program berkenaan Presiden MBFM, Muhammad Fadhli, Pengerusi KAF, Razi, dan Pengerusi Felda, Dato’ Seri Idris Jusuh dan beberapa Ahli Parlimen lain bagi meraikan para peneroka dan anak-anak muda Felda. – HARAKAHDAILY 28/8/2020

- Advertisement -