3 parti MN bincang hadapi PRU 15

Foto RIZAL TAHIR
- Advertisement -

PENGKALAN CHEPA: Pertemuan tiga parti Melayu dalam Muafakat Nasional (MN) perlu diadakan untuk membincangkan agenda bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU-15).

Naib Presiden PAS, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, perkara itu diambil kira memandangkan MN sekarang disertai tiga parti iaitu PAS, Umno dan Bersatu.

- Advertisement -

“Ia penting bagi membincangkan gerak kerja bersama termasuk untuk menyelaraskan program,” ujarnya selepas majlis penyampaian sumbangan pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Dun Panchor di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas Bersatu secara rasmi menyertai MN pada 18 Ogos lalu.

Mohd Amar yang juga Adun Panchor berkata, penyertaan Bersatu bersama MN akan mengukuhkan hubungan masyarakat Melayu dan umat Islam di negara ini.

Lagi pun tambahnya PAS sejak awal lagi bersetuju cadangan mengajak Bersatu menyertai MN.

Pada 13 Ogos lalu PAS dan Umno menjemput Bersatu menyertai muafakat tersebut. Dan pada 18 Ogos Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin menghantar surat kesediaan menyertai MN. – HARAKAHDAILY 28/8/2020

- Advertisement -