PAS akan bertanding 6 atau 10 kerusi di Sabah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: PAS memberi gambaran akan bertanding di beberapa kerusi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan berlangsung 26 September tahun ini.

- Advertisement -

Menurut Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, ketetapan jumlah kerusi masih belum dapat dikenal pasti memandangkan ia masih berada di peringkat rundingan bersama Muafakat Nasional dan rakan-rakan parti yang lain.

“Kita jangka antara enam hingga ke 10 kerusi daripada 73 kerusi, sebab tradisi PAS memang akan bertanding setiap kali Pilihan Raya di Sabah.

“Kita ada 20 kawasan PAS di Sabah, begitu juga agensi-agensi seperti PASTI, sekolah dan sebagainya. Kita yakin, ini berada dalam perundingan kita dan kita mampu.

Kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu, PAS juga ada calon-calon yang hebat untuk diketengahkan.

“Kita ada bekas Pegawai Daerah, pensyarah universiti, jurutera dan sebagainya, kita bersedia untuk terus bertanding,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Harakah di Majlis Hi-Tea Malaysian Green Technology and Climate Change Centre (MGTC) bersama media di sini, semalam.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 September ini untuk pilihan raya negeri (PRN) manakala hari penamaan calon pula pada 12 September. – HARAKAHDAILY 27/8/2020

- Advertisement -