KFA bayar lagi RM1.26 juta hujung minggu ini

- Advertisement -

ALOR SETAR: Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) akan membayar lagi tunggakan gaji berjumlah RM1.26 juta, kepada pemain Skuad Lang Merah pada hujung minggu ini.

Presiden KFA Muhammad Sanusi Md Nor berkata, jumlah itu melibatkan bayaran gaji dan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), sebelum skuad itu beraksi menentang PDRM FA untuk Liga Super, Sabtu ini.

“Bulan berapa tak kira, bayar jalah, saya cari…ada penaja yang telah bersedia, saya ikhtiar macam mana pun,” katanya ringkas kepada pemberita selepas persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah di Wisma Darul Aman di sini, semalam.

- Advertisement -

Pada 11 Ogos lepas, Muhammad Sanusi dilaporkan berkata KFA telah menjelaskan bayaran gaji pegawai dan pemain skuad itu bagi Julai, selepas tidak menerima sebarang gaji sejak lebih lima bulan lalu.

Beliau juga dipetik sebagai berkata KFA optimis untuk menyelesaikan semua masalah hutang yang tertunggak pada musim ini. – BERNAMA

- Advertisement -