Kelantan ketengah sukan lasak acara Sukma

- Advertisement -

KOTA BHARU : Kelantan menaruh harapan tinggi kepada belia kerana golongan itu dianggap sebagai pelapis terhadap kepimpinan kerajaan pada masa hadapan.

Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Abdullah menggesa belia dapat mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan sesuai dengan peredaran zaman.

- Advertisement -

“Kita menaruh harapan tinggi kepada mereka sebab semua negara pun mengharapkan belia sebagai pelapis kepimpinan pada masa hadapan.

“Jadi kita minta belia dapat mengisi usia mereka dengan ilmu pengetahuan supaya kita mampu melahirkan pemimpin yang berkualiti untuk mengharungi pancaroba,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian Sambutan Hari Belia Negara peringkat Kelantan yang diadakan di Hotel Perdana di sini, hari ini.

Turut hadir anggota Exco Ustaz Wan Roslan Wan Hamat; Adun Chetok, Zuraidin Abdullah; Pengarah Jabatan Belia dan Sukan, Laila Nazura Nawi dan Yang Dipertua Majlis Belia Negeri Kelantan, Hafizul Nizam Abdullah.

Pada perkembangan lain, Mohd Amar berkata, penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) di Kelantan pada 2024 bakal mewujudkan sukan yang tiada di negeri itu.

Menurutnya kerajaan negeri juga akan memberi perhatian terhadap sukan terbabit antaranya pusat sukan akuatik, lumba basikal trek dan aktiviti lasak.

“Dengan persetujuan Pusat memberi peluang Kelantan menjadi tuan rumah Sukma 2024, kita harap aktiviti sukan ini menjadi lebih berkembang lagi,” katanya. – HARAKAHDAILY 27/8/2020

- Advertisement -