Galak pelaburan swasta sertai industri TBB

- Advertisement -

SAYA menyarankan kerajaan supaya menyediakan langkah strategik bagi menarik lebih ramai syarikat-syarikat swasta untuk melabur ke dalam industri Tenaga Boleh Baharu (TBB). Pembangunan industri TBB perlu diberi perhatian yang serius bagi memastikan sasaran 20 peratus kapasiti menjelang tahun 2025 kelak. 

Saya difahamkan sehingga 31 Disember 2019, pelaburan swasta yang terlibat dalam projek-projek TBB seperti Feed-in-Tariff (FiT), Net Energy Metering (NEM) dan Large Scale Solar (LSS) adalah bernilai RM18.1 bilion. Walau bagaimanapun, jumlah pelaburan keseluruhan yang diperlukan bagi mencapai sasaran 20 peratus adalah kira-kira RM33 bilion. 

Oleh itu dalam tempoh yang berbaki ini kerajaan sewajarnya memberikan perhatian yang serius khususnya dalam meningkatkan pelaburan bagi mencapai sasaran yang diharapkan. Penglibatan bersama sektor awam dan swasta dalam industri ini merupakan tunjang utama dalam mengukuhkan industri TBB dalam negara

- Advertisement -

Sekian, terima kasih. 

“Islam Memimpin Perpaduan”

CHE ALIAS HAMID
Ahli Parlimen Kemaman – HARAKAHDAILY 27/8/2020

- Advertisement -