Tindakan tegas pasang Jalur Gemilang terbalik

KAJANG: Tindakan tegas akan diambil terhadap individu yang sengaja memasang Jalur Gemilang secara terbalik, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani.

Beliau berkata individu yang tidak pasti cara pemasangan Jalur Gemilang dengan betul boleh merujuk kepada pihak yang berkaitan.

“Mereka juga boleh bertanya di mana-mana balai polis berdekatan mengenai susunan Jalur Gemilang dan cara menyusun bendera negeri,” katanya dalam sidang media bersempena majlis sambutan Hari Penjara ke-230 di Ibu Pejabat Penjara Kajang, di sini, semalam.

Advertisement

Acryl Sani berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan mereka yang memasang Jalur Gemilang secara terbalik.

Kelmarin, Bernama melaporkan seorang pemandu lori sampah dan empat pekerja warga Bangladesh ditahan berhubung Jalur Gemilang yang dipasang secara terbalik di hadapan lori mereka di Bandar Country Homes Rawang, di sini. – BERNAMA