Selamat Hari Wanita Kebangsaan 2020

- Advertisement -

‘WANITA Waja Negara Sejahtera’, tema yang sangat sinonim bagi wanita yang merupakan tonggak kesejahteraan keluarga yang mempunyai peranan yang sangat penting sebagai pendidik generasi, pembentukan keluarga dan negara yang sejahtera. Baik wanita, maka baiklah generasi dan keluarga yang bakal terbina.  

- Advertisement -

Firman Allah S.W.T:

وَٱلۡمُؤۡمِنُونَ وَٱلۡمُؤۡمِنَـٰتُ بَعۡضُهُمۡ أَوۡلِیَاۤءُ بَعۡضࣲۚ یَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَیَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ وَیُقِیمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَیُؤۡتُونَ ٱلزَّكَوٰةَ وَیُطِیعُونَ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥۤۚ أُو۟لَـٰۤىِٕكَ سَیَرۡحَمُهُمُ ٱللَّهُۗ إِنَّ ٱللَّهَ عَزِیزٌ حَكِیمࣱ)

“Dan orang-orang yang beriman lelaki. dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain. Mereka menyuruh berbuat kebaikan dan mereka melarang dari berbuat kejahatan. Dan mereka mendirikan sembahyang dan mereka memberikan zakat,  serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah.”

[at-Tawbah: 71]

Justeru itu, saya menyeru seluruh anggota masyarakat untuk bersama bergerak dan menyokong usaha kerajaan khususnya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam memperkasa wanita melalui pelbagai sudut dan pendekatan.  

Moga tema Hari Wanita Kebangsaan 2020 ini memberi inspirasi kepada golongan wanita dan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai keupayaan wanita dalam pembentukan keluarga, perpaduan dan pembangunan masyarakat serta negara. Selamat Hari Wanita Kebangsaan 2020.

“Malaysia Sejahtera”
“Kerajaan Prihatin”
“Wanita Sejahtera”

YB DATO’ HAJAH SITI ZAILAH MOHD YUSOFF
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat – HARAKAHDAILY 26/8/2020

- Advertisement -