Potensi kerjasama Malaysia-negara Timur Tengah

- Advertisement -

PADA 18 Ogos 2020, saya telah menyerahkan suatu Laporan Eksekutif kepada YAB Perdana Menteri bertajuk “Situasi Terkini Di Rantau Timur Tengah dan Potensi Kerjasama Antara Malaysia dan Negara-negara Timur Tengah”.

Laporan tersebut disediakan untuk menerangkan situasi terkini politik dan ekonomi di rantau Timur Tengah serta impak-impak terhadap kepentingan Malaysia. Selain itu, ianya juga bertujuan untuk menggariskan peluang kerjasama dalam bidang agama Islam, pelaburan, perdagangan dan pendidikan, selaras dengan kepercayaan yang dipertanggungjawabkan kepada Duta Khas YAB Perdana Menteri Ke Timur Tengah.

Saya turut berkongsi hasil pertemuan dengan enam (6) TYT Duta kepada negara-negara Timur Tengah di Malaysia, iaitu Arab Saudi, Yaman, Qatar, Iran, Oman, dan Afganistan, serta beberapa negara lain yang sedang diatur, bagi mendapatkan maklum balas langsung dan mengeratkan hubungan dua hala melibatkan kerjasama  dalam bidang pelaburan, perkongsian pintar dan kestabilan politik.

- Advertisement -

Laporan tersebut turut mengandungi beberapa syor dan agenda bertindak, khususnya dalam usaha menarik pelaburan dari Timur Tengah pasca COVID-19 yang perlu disegerakan, seterusnya memanfaatkan potensi kerjasama dalam pelbagai bidang demi kebaikan Malaysia, umat Islam dan dunia keseluruhannya.

Pada masa sama, saya merakamkan penghargaan kepada Wisma Putra dan Bahagian Penyelidikan JPM yang telah memberikan kerjasama dan khidmat nasihat yang amat berguna bagi saya menjalankan tugas dengan sebaiknya.

DATO’ SERI ABDUL HADI AWANG
Duta Khas YAB Perdana Menteri Ke Timur Tengah – HARAKAHDAILY 26/8/2020

- Advertisement -