PN Perak perlu formula strategik bahagi kerusi

- Advertisement -

IPOH: Perikatan Nasional di negeri ini memerlukan satu formula khusus dalam pembahagian kerusi antara parti-parti untuk bertanding pada PRU15 nanti agar dapat menjamin kemenangan serta mencapai majoriti bagi memerintah.

- Advertisement -

Ketua Pemuda PAS Negeri Perak, Ustaz Ahmad Faisal Mohd Puait berkata, dukungan yang dimiliki masing-masing parti perlu disepadukan menjadi satu kekuatan kerana tidak harus memandang enteng kemampuan lawan yakni Pakatan Harapan.

Menurut beliau, Pemuda PAS Perak telah berbincang serius perkara itu supaya pembahagian kerusi DUN dibuat mengikut komposisi dan jumlah ahli parti masing-masing di negeri ini yang telah diluluskan dari satu usul baru-baru ini.

Katanya, usul diterima daripada Pemuda PAS Kawasan Bagan Serai itu dibahas kritikal dan diterima sebulat suara oleh para perwakilan pada Muktamar Tahunan Pemuda PAS Perak Kali Ke-37 di Hotel Perdana, Taiping pada Sabtu lalu.

“Muafakat atau Perikatan perlu mengfokuskan kepada 40 kerusi sasaran. Kita bahagikan secara adil dan saksama kerusi ini. Lagi pula di Perak, pengundi Melayu hanya 52.7 peratus sahaja kalau melihat kepada suku pertama tahun 2020. Memang kena berpakat betul-betul.

“Inilah juga hasrat Presiden PAS supaya PRU15 hanya pertandingan dua penjuru sahaja. Kalau tak, semua kita pakat rugi, berputih mata seperti PRU 14 yang lalu,” ujar perwakilan Pemuda PAS Bagan Serai, Mohd Akmal Sani.

Walau bagaimanapun, beliau mempertegaskan bahawa situasi tersebut hanya sesuai terpakai dalam kedudukan komposisi yang wujud di Perak, di mana ia berbeza dengan data dan kelebihan politik kepada Perikatan Nasional di negeri lain.

Jelasnya sebagai contoh, politik di Pantai Timur di mana komposisi pengundi Melayu dan pertandingan tradisi antara PAS dan Umno sejak dahulu lagi, namun kini kedua parti termasuk BERSATU telah berada dalam kebersamaan terkuat berbanding PH.

“Macam itu juga situasinya berbeza dengan Utara dan Selatan tanah air yang mengambil kira faktor kekuatan akar umbi dan saingan parti lawan iaitu PH. Jadi, anggota Muafakat Nasional atau Perikatan Nasional kena ikhlas, berlapang dada dan bertoleransi,” serunya.

Peringat beliau, dengan pengalaman telah ditempuh yang perlu diiktibarkan dari pemerintahan Pakatan Harapan sebelum ini, pembahagian kerusi sedemikian adalah demi kebaikan kepada agama, rakyat dan negara, bukannya kroni atau peribadi. – HARAKAHDAILY 26/8/2020

- Advertisement -