Messi suara hasrat tinggalkan Barcelona

- Advertisement -

MADRID, Sepanyol: Bintang bola sepak Leo Messi dilaporkan akan meninggalkan kelab Barcelona FC meskipun masih mempunyai klausa pelepasan bernilai 700 juta Euro dalam kontraknya.

Menurut Agensi Berita Xinhua, memetik berita disiarkan saluran televisyen Argentina, TyC Sports dan media Sepanyol, Messi sudahpun menghantar surat menerusi faks ke kelab berkenaan untuk memaklumkan hasratnya itu. 

- Advertisement -

Akhbar ‘El Mundo Deportivo’ yang berpangkalan di Barcelona melaporkan kelab itu dikatakan sudah menerimanya namun, klausa yang membolehkannya meninggalkan kelab itu secara percuma tamat pada 10 Jun. 

Bagaimanapun, penyerang itu percaya ia tidak relevan kerana kempen Barca hanya berakhir pada 14 Ogos selepas tersingkir dari Liga Juara-juara apabila ditundukkan Bayern Munich dengan jaringan 8-2.

Stesen radio Onda Cero pula melaporkan Messi tidak berhasrat untuk menjalani ujian PCR yang diatur kelab itu menjelang latihan pramusim di bawah jurulatih baharu Ronald Koeman. 

Penyerang yang setakat ini sudah beraksi dalam 737 perlawanan dan menjaringkan 634 gol bersama kelab itu dikatakan ragu mengenai masa depannya di Camp Nou. – BERNAMA 

- Advertisement -