Hilang RM543,088, sokong banteras dari berulang

- Advertisement -

KAMI menuruti laporan Sinar Harian bertajuk ‘Lebih setengah juta wang awam hilang dari KPWKM’ sebagaimana pautan [1].

Dalam suasana negara diliputi cabaran wabak COVID-19, pernyataan daripada pihak Audit Negara bagi 2019 tersebut tentunya amat mendukacitakan.

Ia tentunya merencatkan usaha kerajaan dalam memacu kemakmuran bersama sebagai menyahut seruan antarabangsa dalam Sustainable Development Goals (SDG).

Kami amat memahami cabaran yang dipikul oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bagi memastikan setiap kumpulan sasar dibangunkan sesuai dengan aspirasi semasa pimpinan Perikatan Nasional (PN).

- Advertisement -

Justeru, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat menyokong sepenuhnya dan berdiri teguh atas setiap susulan tindakan dan usaha oleh pihak kementerian bagi memastikan ketulusan untuk kepentingan bersama.

Dengan tanggungjawab besar yang dipertanggungjawabkan kepada pihak KPWKM, penyelewengan setengah juta tersebut tidak harus berlaku dan dipastikan tidak berulang.

Sekian untuk siaran.

DR ROSNI ADAM
Pengerusi
Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan
PAS Pusat – HARAKAHDAILY 26/8/2020

[1] https://www.sinarharian.com.my/article/98042/BERITA/Nasional/Lebih-setengah-juta-wang-awam-hilang-dari-KPWKM

- Advertisement -