PH langgar manifesto tender terbuka

- Advertisement -

PEMBOHONGAN DAP dan PH ketika mentadbir Kerajaan Persekutuan semakin lama semakin terserlah.

- Advertisement -

Belum reda isu perbicaraan rasuah projek terowong yang bernilai RM6.3 bilion dan pendedahan pembatalan pembekuan akaun taikun, Lim Guan Eng (LGE), bekas Menteri Kewangan sekali lagi telah menipu rakyat dengan isu projek rundingan terus di parlimen semalam.

Tidak cukup sekadar langgar janji manifesto, kenyataan LGE berkenaan kelulusan kabinet telah disanggah bekas Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato’ Seri Azmin Ali.

Jelaslah slogan ketika PRU-14 dalam meraih undi rakyat hanyalah retorik semata. Manifesto dalam memperjuangkan tender terbuka yang tercatat dalam buku harapan tidak ditunaikan bahkan digadai dengan kelulusan 101 projek bernilai RM6.61 bilion secara rundingan terus.

Terkini, SPRM telah menyatakan komitmen dalam menyiasat secara menyeluruh jika ada unsur rasuah dan salah guna kuasa berhubung perkara ini.

PAS percaya, rakyat Malaysia sudah membuka mata dan hati akan kelicikan dan pembohongan kerajaan dahulu, Pakatan Harapan.

‘Islam Memimpin Perpaduan’

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
25 Ogos 2020 | 6 Muharram 1442 – HARAKAHDAILY 25/8/2020

- Advertisement -