Bohong, tipu, putar belit: Inilah DAP!

- Advertisement -

LIM Guan Eng  (LGE) pernah menyebut tiada lagi rundingan terus pada tahun 2018. Beliau nyatakan akan guna Kerjasama Awam Swasta (Public-Private Partnership (PPP)) yang sebenar. Model PPP 2.0, kononnya. 

Semalam, wajah sebenar Lim Guan Eng didedahkan oleh Menteri Kewangan, YB Senator Tengku Zafrul. 101 projek berjumlah RM6.61 bilion diluluskan melalui rundingan terus. Sungguh ironi. 

Selama 22 bulan memerintah, langsung tidak pernah dibentang di Dewan Rakyat. Bayangkan jika PH-DAP memerintah selama satu penggal? Berapa ratus projek lagi dia mahu kelentong? Berapa bilion Ringgit lagi mahu runding terus tanpa persetujuan Kabinet? 

- Advertisement -

Kita bangkitkan perkara ini kerana merekalah yang bersungguh-sungguh mencanang imej bersih dan telus di hadapan rakyat. 

Janji ke-23 manifesto PH (bukan kitab suci):

 “Untuk memastikan setiap sen wang rakyat dibelanjakan dengan baik, Kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan mereformasi sistem perolehan dan pemberian kontrak kerajaan, demi memastikan ia lebih berdaya saing dan menjana nilai yang terbaik untuk wang rakyat. Kami akan memastikan sistem tender terbuka digunakan dengan meluas dan telus, terutamanya untuk projek-projek besar.” 

Adakah realiti ini yang rakyat terima? Janji tinggal janji. 

PPP 2.0? Pembohong. Penipu. Pemutar belit. Inilah DAP.

IR. HJ. KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN 
Ketua Pemuda 
Dewan Pemuda PAS Malaysia – HARAKAHDAILY 25/8/2020

- Advertisement -