PAS Kampar kibar bendera semarak patriotisme

- Advertisement -

KAMPAR: PAS Kawasan Kampar telah menganjurkan Majlis Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang yang dilangsungkan bertempat di Dataran Malim Nawar, di sini malam tadi.

- Advertisement -

Aktiviti melibatkan para amilin PAS Kampar dan masyarakat sekitar Kampar ini bertujuan menyemai rasa cinta akan negara serta menyahut seruan kerajaan supaya mengibarkan Jalur Gemilang di rumah atau tempat kerja.

Selain itu, ia juga bagi menggalakkan masyarakat sekitar mengibarkan bendera Jalur Gemilang di rumah mereka sebagai lambang patrotisme yang tersemat dalam sanubari.

Turut bersama Yang DiPertua PAS Kampar, Ustaz Mohd Sofian Rejab di mana turut diadakan deklamasi Sajak Kemerdekaan dan penyerahan bendera Jalur Gemilang kepada semua PAS Cawangan di bawah naungan PAS Kampar.

Sofian dalam ucapannya telah menyatakan bahawa Rasulullah S.A.W telah mendidik umat untuk kasih akan negara dan menyingkap satu peristiwa sebelum berlakunya Hijrah.

Hal Ini dibuktikan ketika Hijrah ke Madinah baginda telah mengungkapkan ucapan sambil menatap ke arah Kota Makkah disulami dengan perasan sayu dan dukacita.

“Demi Allah, sesungguhnya engkau wahai Makkah adalah negeri yang paling Allah kasihi dan negeri yang juga paling aku kasihi. Jika sekiranya pendudukmu tidak keluarkan aku darimu nescaya aku tidak akan keluar darimu,” sabda Rasulullah dipetik Ustaz Sofian. – HARAKAHDAILY 24/8/2020

- Advertisement -