Terkilas ikan di air dah tahu cemburu atau tidak

- Advertisement -

PORTAL Malaysiakini cuba menggambarkan yang terbitan HarakahDaily bahawa Teresa Kok iri hati dengan pencapaian Dato Dr Khairuddin Aman Razali sebagai Menteri seolah tidak berasas.

Dr Khairuddin adalah Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, portfolio yang dipegang sebelum ini selama 22 bulan oleh Teresa di bawah PH.

Isunya Dr Khairuddin tidak melalui proses kuarantin sekembalinya dari Turki baru-baru ini. Dan semalam pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah pun keluarkan kenyataan dan Menteri berkenaan telahpun bayar kompaun dan memohon maaf.

- Advertisement -

Mungkinkah Teresa tidak iri hati? Menurut kamus DBP atas talian ‘iri hati’ bermaksud berasa (perasaan) tidak senang dengan kelebihan orang lain, cemburu, dengki.

Tinjau sahaja akaun Facebook (FB) dan Twitter Ahli Parlimen DAP Seputeh itu, sejak beberapa hari kebelakangan termasuk hari ini ternyata bau iri hati cukup hanyir dan menebal.

Mungkin HarakahDaily tersalah hidu tetapi mustahil jutaan rakyat Malaysia yang cukup kenal telatah DAP juga tersilap. Terkilas ikan di air dah tahu cemburu atau tidak.

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 23/8/2020

- Advertisement -