Perlis sesuai dibangunkan sebagai hab pendidikan

- Advertisement -

ARAU: Suasana negeri Perlis yang aman, tenang dan tidak sibuk sesuai dibangunkan sebagai hab pendidikan, kata Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Datuk Yusran Shah Mohd Yusof.

Beliau berkata perkara itu bukan sahaja akan memberi kesan positif dari segi pendidikan malah juga dari aspek ekonomi negeri.

Beliau berkata demikian kepada Bernama sebelum menghadap Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Arau di sini, semalam di mana berangkat sama Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

- Advertisement -

Dalam perkembangan lain, Yusran berkata projek pembinaan Sekolah Sukan  Perlis di Padang Besar yang terbengkalai sejak lapan tahun lalu dijangka siap akhir tahun ini.

“Selepas lantikan kontraktor baharu, kerja-kerja pembaikan dan pembinaan telah siap sebanyak 92 peratus  walaupun tertangguh hampir tiga bulan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini,” katanya. – BERNAMA

- Advertisement -