KRC terima pelaburan berimpak tinggi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kedah Rubber City (KRC) merupakan projek strategik berimpak tinggi yang dirancang untuk menerajui ekosistem industri getah di kawasan pertumbuhan Segi Tiga Indonesia, Malaysia, Thailand (IMT GT), maklum Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor.

- Advertisement -

Menurut beliau, projek KRC sebagai taman perindustrian getah berstatus nasional pertama di Malaysia akan menghubungkan rantaian nilai industri getah dan menjadi pusat pertumbuhan global bagi pembuatan produk getah bernilai tinggi.

“Kemasukan pelabur-pelabur KRC ini merupakan moment yang sangat signifikan bagi kita, kerana ia melambangkan pengoperasian projek-projek strategik berimpak tinggi berjalan lancar tanpa sebarang hindaran walaupun berlaku kemelesetan.

“Dengan bertapak di Kedah Rubber City, syarikat-syarikat ini bukan sahaja akan memajukan industri tempatan, malah berpotensi untuk menembusi pasaran antarabangsa, dana menjadi sebahagian daripada ekosistem industri getah di dunia,” ujarnya.

Katanya pada Majlis Komitmen Pelaburan baru-baru ini, pihak kerajaan negeri merakamkan penghargaan kepada NCIA, MIDA, pejabat agensi-agensi kerajaan, di atas usaha keras untuk menarik pelabur ke KRC dan zon-zon industri yang diwujudkan di Kedah.

Komitmen dan janji kerajaan negeri ujarnya, ialah membuka ruang dan peluang seluas-luasnya kepada semua pihak sama ada pelabur, pemain industri untuk datang ke Kedah dengan mewujudkan suasana yang paling kondusif tanpa sebarang halangan demi untuk kemajuan industri dan kemakmuran, kesejahteraan Kedah.

“Ini selari dengan matlamat kita mewujudkan ‘Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua’,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 23/8/2020

- Advertisement -