PAS Bangi santuni penduduk DUN Balakong

- Advertisement -

BANGI: PAS Kawasan Bangi telah meluaskan lagi agenda memasyarakatkan PAS kepada penduduk pelbagai kaum dengan melangsungkan program Semarak Hijau DUN Balakong di Kampung Sungai Balak, di sini hari ini.

- Advertisement -

Pimpinan PAS Bangi yang hadir terdiri daripada Naib Yang DiPertua, Asana Ali dan Bendahari, Fadzilah Sahimi Jusoh serta Ahli Jawatankuasa, Zakaria Ahmad dan Naib Ketua Pemuda PAS Bangi, Mohd Al-Amin Mat Daud.

Turut memeriahkan majlis ialah wakil Dewan Himpunan Pendukung PAS Bangi, Manikam Ponna, selain anggota Nisa’, Ameerah dan Jabatan Amal Bangi.

Lima aktiviti telah dijalankan secara serentak iaitu program ‘Anda Di Hati Kami’ (ADHK), Ziarah Al-Malak, Ziarah Kebajikan, kaunter daftar pengundi dan edaran bendera Malaysia sempena bulan kemerdekaan.

Menurut Zakaria, program ini pertama kali diadakan di DUN Balakong pada tahun ini berikutan tertangguh akibat pandemik COVID-19, namun akan digiatkan lagi hingga hujung tahun ini.

Asana dalam ucapannya pada Semarak Hijau ada menyentuh mengenai isu semasa dan mengingatkan ahli PAS supaya tidak terlibat dalam sebarang kontroversi yang bertujuan memecahbelahkan perpaduan telah dibina.

Seru beliau, sebagai ahli, teruskan bekerja mengukuhkan parti, manakala soal perancangan dan strategi diserahkan kepercayaan kepada pimpinan menguruskannya. – HARAKAHDAILY 22/8/2020

- Advertisement -