AMAL Pahang anjur kempen ‘Moh Derma Darah’

- Advertisement -

KUANTAN: Jabatan Amal Malaysia (AMAL) Negeri Pahang telah mengadakan kempen ‘Moh Derma Darah’ sempena cuti Maal Hijrah bertempat di Ruang Legar Cempaka, Megamall Kuantan, di sini semalam.

- Advertisement -

Program ini telah dijayakan dengan kerjasama erat daripada Gabungan Pertubuhan Sukarelawan Kebajikan Negeri Pahang (GPSK) bersama Unit Tabung Darah Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.

Kempen dari pagi hingga ke petang ini berjaya mencapai sasaran minimum apabila 152 penderma darah hadir memberikan sumbangan mereka membantu stok bekalan darah diperlukan pihak Tabung Darah.

AMAL Pahang selain giat melakukan promosi kempen, turut melicinkan pelaksanaan program dengan mengurusetiakannya, termasuk dibantu sukarelawan AMAL dari kaum Orang Asli bukan-Islam, Miana Maju.

Timbalan Pengarah AMAL Pahang, Halmi Ismail merakamkan penghargaan kepada para penderma darah dab penyumbang cenderahati untuk menjayakan program ini termasuk Pemuda PAS Kawasan.

Maklum beliau, inisiatif seumpama ini akan dipergiat dan diperluaskan lagi oleh pihaknya ke dalam masyarakat sebagai usaha menjamin keperluan bekalan darah sentiasa mencukupi. – HARAKAHDAILY 21/8/2020

- Advertisement -