Wan Kuzri mula rasakan tekanan

- Advertisement -

SHAH ALAM: Terlalu banyak pendedahan dan perhatian telah memberikan impak yang negatif, kepada pemain berpangkalan di Amerika Syarikat Wan Kuzri Wan Ahmad Kamal.

Pemain tengah Akademi Bola Sepak St Louis berusia 18 tahun itu masih belum dapat membuktikan keupayaan sebenar beliau bersama pasukan Bawah 10 (U-19) negara, dalam dua perlawanan persahabatan.

Anak buah Brad Maloney, bolos 10 gol dan hanya berjaya menjaringkan satu gol dalam dua perlawanan persahabatan itu, selepas dikalahkan pasukan Liga Super Petaling Jaya City FC (PJ Citu FC) 1-6 minggu lepas sebelum tewas 0-4 kepada Selangor 2, semalam.

- Advertisement -

Bercakap kepada wartawan selepas perlawanan persahabatan hari ini, Wan Kuzri adik kepada pemain Sporting Kansas City Wan Kuzain, mengakui perhatian berlebihan yang diberikan agak mengganggunya.

“Terdapat terlalu banyak perhatian pada saya, tentunya anda boleh lihat itu sebagai satu tekanan, tetapi saya cuba untuk tidak terlalu memikirkannya, jadi saya akan cuba laluinya dari sehari ke sehari,” katanya.
 
Sementara itu Maloney percaya Wan Kuzri mempunyai keupayaan untuk membantu pasukannya dalam usaha mereka merebut satu tempat dalam Piala Dunia Bawah 20 2021 di Indonesia.

“Dia seorang pemain yang berbakat, bagus dalam menghantar bola, etika kerja yang bagus, sikap yang bagus dalam permainan, beliau tentunya satu aset penting kepada pasukan,” katanya.

Kejohanan AFC B-19 2020 yang akan berlangsung dari 14 hingga 31 Okt di Uzbekistan akan menjadi pusingan kelayakan untuk Piala Dunia U-20 2021.

Malaysia yang diundi dalam Kumpulan D bersama juara bertahan Qatar dan juga Tajikistan serta Yemen menyasarkan untuk menjadi pasukan Malaysia pertama untuk layak secara merit. – BERNAMA

- Advertisement -