Perutusan Maal Hijrah Pesuruhjaya PAS Melaka

FIRMAN Allah S.W.T:

Advertisement

﴿وَمَنْ يُهَاجِرْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يَجِدْ فِي الْأَرْضِ مُرَاغَمًا كَثِيرًا وَسَعَةً  وَمَنْ يَخْرُجْ مِنْ بَيْتِهِ مُهَاجِرًا إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ يُدْرِكْهُ الْمَوْتُ فَقَدْ وَقَعَ أَجْرُهُ عَلَى اللَّهِ  وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا١٠٠﴾ [النساء: 100] 

“Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani(100)”

[an-Nisaa: 100]

Peristiwa Hijrah merupakan salah satu sejarah dalam Dunia Islam. Peristiwa ini memperingati perjalanan hijrah Rasulullah S.A.W dalam mendidik umat dan membangunkan negara. 

Peristiwa ini juga, memberikan iktibar kepada semua pendukung dan pendakwah agar sentiasa sabar dalam ujian perjuangan. Ketika Islam ditentang, diancam oleh pihak musuh, Rasulullah memberikan mesej agar kita bijaksana dalam mengatur strategi perjuangan, meningkatkan kesabaran dan yakin akan kemenangan Islam.

Hijrah Nabi Muhammad S.A.W juga adalah untuk membina sebuah daulah dalam erti kata lain mengajar kita bahawa Islam perlu kuasa pemerintahan demi melaksanakan syariat Allah S.W.T.

Oleh itu, saya mewakili Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka (BPPNM) merakamkan selamat menyambut Awal Muharram 1442H kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya di Negeri Melaka. 

Mudah-mudahan Allah S.W.T memberikan kita kekuatan, kesabaran agar terus beristiqamah dalam menegakkan  Islam di bumi ini.

“Ummah Rabbani, Negara Harmoni”
Islam Memimpin Perpaduan”

USTAZ KAMARUDDIN SEDIK 
Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka – HARAKAHDAILY 20/8/2020