PAS Batang Lupar simpati nasib bayi Jaimi

- Advertisement -

BATANG LUPAR: Muslimat PAS Kawasan Batang Lupar sempat singgah menziarahi keluarga Jaimi Rajali semasa program Ziarah Kebajikan MOSWAY yang diadakan di Kampung Beladin, di sini kelmarin dahulu.

- Advertisement -

Jaimi yang mempunyai anak menghidapi masalah kesihatan kritikal seawal usia 2 bulan di mana faktor jarak jauh menyebabkan si ibu tidak dapat melawat anaknya yang dirawat di Hospital Umum Sarawak, Kuching.

Turut hadir pada ziarah tersebut adalah Pengarah Jabatan Pilihan Raya Muslimat PAS Negeri Sarawak, Dayangku Huda Ahmad dan Ketua Muslimat PAS Batang Lupar, Mahani Mumtaz.

Berikutan itu, PAS Batang Lupar tampil menghulurkan bantuan berupa kewangan selain menyampaikan keperluan barang dapur kepada keluarga beliau Jaimi.

Sumbangan tersebut diserahkan sendiri oleh Dayangku Huda yang turut dimaklumkan antara masalah kesihatan dihadapi anak Jaimi adalah jantung, usus terkeluar daripada pusat, pernafasan menggunakan tiub dan terpaksa ditebuk pada  kerongkong.

Katanya lagi, PAS Batang Lupar turut bersimpati terhadap nasib Jaimi sekeluarga dan orang ramai boleh tampil bersama memberi sumbangan bagi membantu meringankan beban keluarga tersebut.

Sumbangan boleh dibuat menerusi akaun Dewan Muslimat PAS Negeri Sarawak 11013010073531 Bank Islam. – HARAKAHDAILY 20/8/2020

- Advertisement -