Ziarah Ameerah jengah kehidupan ibu tunggal

- Advertisement -

LUMUT: Ameerah Kawasan Lumut yang merupakan gerakan Muslimat Muda PAS telah mengadakan program ziarah menyantuni nasib seorang ibu tunggal dan dua anaknya di Teluk Muroh, di sini kelmarin dahulu.

- Advertisement -

Kehidupan keluarga ini yang agak susah disulitkan lagi dengan ujian kesihatan dideritai dari penyakit kronik dihadapi sehingga hilang upaya fizikal disebabkan oleh kencing manis, namun banyak dibantu anak sulung menguruskannya.

Selain hadir memberi sokongan moral serta menyampaikan kit sumbangan barangan keperluan asas harian, 12 anggota Ameerah yang bersama memanfaatkan kesempatan itu melakukan gotong-royong membersihkan rumah keluarga ini.

Ahli Jawatankuasa Ameerah Lumut, Ardinisa Najati berkata, sememangnya sebagai manusia tidak boleh lari daripada ujian kehidupan di mana setiap insan pasti ada ujiannya yang tersendiri.

“Ia boleh hadir dengan pelbagai bentuk seperti kewangan, kesihatan, perhubungan dan sebagainya. Namun, tetaplah percaya mafhum Allah bahawa setiap kesusahan pasti ada kesenangan,” ujarnya memetik ayat surah al-Sharh.

Turut serta pada program ini adalah Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Muslimat PAS Lumut, Zaharah Hussain dan Ketua Briged Muslimat Lumut, Hasliza Mansur. – HARAKAHDAILY 19/8/2020

- Advertisement -