Serah memorandum isu ‘hangat’ kepada Sultan Selangor

Kind and caring...Sultan Sharafuddin Idris Shah, who celebrates his 62nd birthday today, has from his early days ,shown his concern and affection for his people and even during special occasions like to today, he continues to reflect on what more can be done so that his state becomes a developed status that provides more for his rakyat.
- Advertisement -

SHAH ALAM: Gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Selangor semalam menyerahkan memorandum kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkaitan beberapa isu ‘hangat’ di negeri ini.

Pengerusinya, Datuk Nazilah Idris berkata antara isu terkandung dalam memorandum tersebut adalah berkaitan rasuah, kegiatan judi haram dan warga asing.

“Kami mewakili rakyat negeri ini mohon dengan penuh harapan jika Sultan Selangor dapat campur tangan membantu kami menangani masalah berhubung tiga isu utama yang tular baru-baru ini.

- Advertisement -

“Selain itu, kami juga tidak mahu berlaku lagi isu lambakan warga asing di Selangor yang mana permit kerja disalahgunakan dengan melakukan kegiatan jenayah selain mereka juga kebal daripada dikenakan tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa,” katanya kepada pemberita di sini.

Nazilah berkata demikian selepas menyerahkan memorandum tersebut kepada Pegawai Pengiring Sultan Selangor Kapten Ahmad Ramli Kardi di Istana Bukit Kayangan semalam.
 
Beliau berkata lambakan peniaga warga asing dapat dilihat di pasar-pasar utama negeri termasuk di sekitar kawasan Selayang dan Taman Sri Muda, Shah Alam.

“Dengan campur tangan baginda, kami berharap pihak berkuasa tempatan di Selangor dapat mempermudahkan prosedur permohonan lesen penjaja dan peniaga terutama kepada golongan asnaf, orang kurang upaya, ibu tunggal serta isi rumah berpendapatan rendah.

“Tindakan penguatkuasaan juga perlu dilakukan secara berjadual tanpa menunggu laporan atau aduan,” katanya.

Baru-baru ini, Selangor menjadi topik hangat apabila empat anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ditahan kerana disyaki menerima rasuah bagi melindungi premis perniagaan yang menjalankan kegiatan perniagaan tanpa lesen termasuk dimiliki warga asing.

Ia susulan dua klip video disiarkan secara langsung menerusi laman sosial Facebook Hot Burger Malaysia serta dikongsi akaun Mohd Asri Hamid, 42, atau ‘Asri Janggut’, yang mendakwa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadap kes judi, serta mendedahkan lokasi perjudian di Bandar Baru Sungai Buloh. – BERNAMA

- Advertisement -