Nikmat Islam datang dari hijrah Rasul S.A.W

- Advertisement -

AWAL Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. 

Namun begitu, ia bukan sekadar memperingati peristiwa hijrah Nabi Muhammad S.A.W dan Sahabat dari Makkah ke Madinah, sebaliknya membuahkan hikmah cukup besar apabila kaum Muhajirin dan Ansar dipersaudarakan, manakala Islam mula berkembang dan tersebar ke seluruh pelosok dunia.

Susulan peristiwa hijrah itu juga menyaksikan takwim Islam mula diperkenalkan, sekali gus ketetapan itu menjadi penanda aras kepada kehidupan Islam sebenar, iaitu pemisahan antara hak dengan batil.

- Advertisement -

Suka untuk diingatkan agar kita tidak menyamakan penghijrahan Nabi dengan pelarian kerana ia adalah menyimpang sama sekali.

Hargailah nikmat Islam yang kita miliki pada hari ini agar ia terus dipelihara dengan cara yang paling baik.

Selamat menyambut Maal Hijrah 1442, semoga tahun ini membawa 1001 makna buat kita.

USTAZ SABRI AZIT
Ahli Parlimen Jerai
Munsyi Jawi Dewan Bahasa dan Pustaka – HARAKAHDAILY 19/8/2020

- Advertisement -