Hari Kemerdekaan Afghanistan dicemari bedilan mortar

- Advertisement -

KABUL, Afghanistan: Beberapa bedilan mortar disasarkan ke kawasan diplomatik di Kabul oleh penyerang tidak dikenali ketika sambutan Hari Kemerdekaan Afghanistan pada Selasa, lapor agensi berita Anadolu, menurut seorang pegawai.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Tariq Arian dalam satu kenyataan berkata setakat ini tiada korban jiwa dilaporkan dan siasatan mengenai serangan sedang dilakukan.

Tiada pihak mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu, yang kebetulan berlaku ketika acara sambutan Hari Kemerdekaan di istana presiden, kementerian pertahanan, dan pejabat kerajaan lain dalam zon diplomatik yang tahap keselamatannya amat ketat.

- Advertisement -

Pada Mac, kejadian sama turut berlaku semasa upacara mengangkat sumpah jawatan Presiden Ashraf Ghani. – BERNAMA