PN: Tiada yang mutlak, tapi keseimbangan kuasa

- Advertisement -

SERONOK juga lihat situasi di Perak. Walaupun Kerajaan Perikatan Nasional (PN) miliki majoriti tipis, tapi di sebaliknya terdapat rahmat yang besar.

Oleh kerana masing-masing dalam pakatan baharu, semua masih berhati-hati sesama sendiri. Ini mewujudkan keseimbangan kuasa yang baik. 

Lebih-lebih lagi dalam bab integriti. Masing-masing bimbang untuk menyalah gunakan kuasa, takut disedari rakan-rakan pakatan lain.

- Advertisement -

Kalau PPBM buat salah, nanti Umno tahu. Kalau Umno buat salah, kang kantoi dengan PAS.

Ia membentuk uncomfortable zone. Tiada yang berkuasa mutlak. Akhirnya masing-masing berusaha untuk tak buat salah sebaik mungkin.

Itulah rahmatnya bila berkongsi kuasa. Inilah sebenarnya matlamat dari idea Kerajaan Perpaduan (Unity Government)gagasan Presiden PAS suatu ketika dahulu.

Sejarah menunjukkan pihak yang berkuasa mutlak, cenderung untuk korup. Tiada check and balance.

Bak pepatah Barat:

“Absolute power corrupts absolutely”

(Kekuasaan mutlak pasti membawa kepada penyelewengan)

Sebab itulah lepas sesuatu kerajaan yang korup jatuh, baharulah korupsi mereka terbongkar dan terhukum. Semasa berkuasa, kuasa itu melindungi mereka.

ALANG IBN SHUKRIMUN – HARAKAHDAILY 18/8/2020

- Advertisement -