PH hipokrit tolak RUU Perbekalan

- Advertisement -

PENOLAKAN barisan pembangkang terdiri daripada Ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan terhadap RUU Perbekalan di Dewan Rakyat petang semalam telah menyerlahkan hipokrit sebenar mereka.

- Advertisement -

Semalam, pertikaian pimpinan Pakatan Harapan semasa Sidang Dewan Rakyat hanyalah mengesahkan mainan politik mereka selama ini adalah untuk kepentingan peribadi dan kelompok semata. Usaha meringankan beban rakyat yang tertimpa kesan pandemik COVID-19 jelas telah diperolok-olokkan mereka dengan penolakan terhadap RUU tersebut.

Penolakan dengan undi 106 itu membuka pekung bahawa pembangkang tidak ‘memiliki nombor’ yang dicanang mereka sejak tumbang pada hujung Februari lalu. Sebaliknya 111 undi diperolehi blok kerajaan mengesahkan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetuai kerajaan dengan sokongan majoriti.

Sejumlah RM7,184,083,200 yang diluluskan dalam RUU Perbekalan tersebut juga bermakna Kabinet baharu yang dibentuk pada 10 Mac lalu serta kementerian-kementerian diwujudkan adalah sah untuk melaksanakan perkhidmatan kepada rakyat.

Dengan kelulusan itu diharap Kerajaan Perikatan Nasional akan dapat mengembalikan pemulihan Malaysia ke landasannya dan berjaya memerangi sepenuhnya COVID-19. Seterusnya meletakkan Malaysia menjadi negara paling selamat dan memacu kembali pertumbuhan ekonomi serta pembangunan lebih berjaya berbanding pemerintahan-pemerintahan sebelum ini.

“Islam Memimpin Perpaduan”

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
18 Ogos 2020 | 28 Zulhijjah 1441 – HARAKAHDAILY 18/8/2020

- Advertisement -