IDIP PERKIM bangunkan Islam saudara baru

- Advertisement -

SAYA dibentangkan perancangan oleh Institut Dakwah Ismaiah (IDIP) PERKIM, Pengkalan Chepa pagi semalam. Antaranya pembinaan asrama pelajar lelaki dilengkapi surau, dewan dan gimnasium yang memerlukan peruntukan sebanyak RM6 juta. Bangunan asrama pelajar lelaki sedia ada sekarang adalah binaan kayu yang telah berusia 50 tahun.

Hasrat ini saya akan sampaikan kepada Dato’ Sri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri.

IDIP juga memerlukan bantuan naik taraf makmal komputer yang telah lama. Saya sampaikan berita gembira buat IDIP dengan menyatakan komitmen saya untuk memberikan bantuan awal sebanyak RM20,000 bagi tujuan pembelian komputer-komputer baru.  

- Advertisement -

“Berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan belanjakanlah (pada jalan kebajikan) sebahagian dari harta benda (pemberian Allah) yang dijadikannya kamu menguasainya sebagai wakil. Maka orang-orang yang beriman di antara kamu serta mereka membelanjakan (sebahagian dari harta itu pada jalan Allah); mereka tetap beroleh pahala yang besar.”

 (al-Hadid: 7)

Pelbagai soalan menarik dari anak-anak mualaf di sini

Institut Dakwah Islamiah (IDIP) PERKIM di Pengkalan Chepa ini mempunyai seramai 130 orang pelajar pada tahun ini. Kampus seluas 3.5 ekar ini, berfungsi khusus bagi membimbing dan melatih saudara baru yang memeluk Islam.

Lepasan IDIP yang berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya ke universiti kolej, ramai yang telah keluar sebagai guru agama, imam, pensyarah, ahli akademik mahupun selebriti dakwah. Antaranya ialah Ustaz Dr. Haji Mohd Farid Ravi. 

Saya kongsikan dua tips pada anak-anak ini, bagi mengecapi keajaiban luar biasa di dalam Islam sebagaimana anjuran Rasulullah S.A.W iaitu dua ungkapan ajaib untuk diamalkan. Juga sebagai jalan keluar dari kegusaran. Mudah tapi hebat fadilatnya. Iaitulah lafaz hauqalah dan istighfar.

Lama tidak berceramah. Suka saya dapat berkongsi pelbagai jawapan bersama anak-anak IDIP. Kami juga sama-sama berdoa dan berharap, semoga hasrat IDIP membina bangunan baru asrama lelaki lengkap dengan surau, dewan dan gimnasium bernilai RM6 juta tahun hadapan menjadi kenyataan. Terima kasih atas peluang dan pertemuan ini.

YB USTAZ AHMAD MARZUK SHAARY
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – HARAKAHDAILY 18/8/2020

- Advertisement -