Birthday Boom Ameerah Bangi ‘meletup’

- Advertisement -

BANGI: Ameerah Kawasan Bangi telah membuat kejutan dengan mengadakan program Birthday Boom menyampaikan kek sempena hari lahir pada wanita yang menyambut keraian pada bulan Ogos, di sekitar Parlimen ini kelmarin.

- Advertisement -

Rata-rata penerima dan keluarga mereka memberi reaksi teruja atas keraian tidak disangka itu yang menurut pengarah program, Siti Noor Atikah Rowi, bertujuan memperkenalkan Ameerah kepada masyarakat setempat.

“Kami ingin menjadikan Ameerah dikenali di Bangi. Dalam masa yang sama ini adalah tanda penghargaan kami pada golongan wanita terutama ‘first voter’.

“Tanpa kita sangkal, kaum wanita ni mempunyai banyak tanggungjawab dan peranan. Wanita muda terutamanya merupakan aset penting untuk membina negara kita yang tercinta ini.

“Jadi, inilah sebagai satu medium kami ingin sampaikan kegembiraan dan mesej bahawa mereka ada sesuatu yang perlu dilaksanakan pada negara sesuai pertambahan usia yang Allah berikan pada mereka,” ujarnya.

Beliau menyifatkan program sebegini perlu diteruskan supaya lebih ramai wanita gembira dan bahagia walaupun usaha seumpama dianggap tidak penting pada sesetengah pihak. – HARAKAHDAILY 18/8/2020

- Advertisement -