Ancaman senjata nelayan asing bukan baru

- Advertisement -

KISAH ancaman nelayan asing terhadap nelayan kita antaranya dengan menunjukkan senjata tajam apabila ada nelayan tempatan yang cuba menghalang aktiviti haram mereka adalah kisah rutin yang sering diadukan dalam banyak program turun padang bersama nelayan. Ianya bukan rahsia lagi. Ceroboh perairan negara kita dan tunjuk lagak samseng. 

Beberapa kali saya pernah menulis dan membangkitkan isu ini. Pernah juga dihubungi oleh pihak berkaitan minta bukti atas apa yang didedahkan. Walau bukti kukuh tak ada di tangan kita, saya sangat yakin bahawa aduan para nelayan kita mempunyai asas  yang kuat untuk dipercayai. 

Insiden yang berlaku di Perairan Tok Bali mengesahkan lagi kebenaran. Kalau anggota APMM yang bersenjata pun mereka berani cabar, apatah lagi dengan nelayan kita yang tak bersenjata. 

- Advertisement -

Syabas dan tahniah saya ucapkan atas ketegasan APMM mempertahankan kedaulatan perairan negara dari dicerobohi oleh penyangak dan perompak khazanah hasil laut kita. Sewajarnya tindakan tegas dan keras perlu diambil agar mereka tahu bahawa negara ini ada tuan dan kedaulatan. Tentunya anggota bertugas telah sedia maklum mengenai SOP yang perlu dipatuhi terutama apabila melibatkan penggunaan senjata api. 

Pertahankan laut kita, gempur habis-habisan penceroboh!

YB DR AZMAN IBRAHIM
Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri Terengganu – HARAKAHDAILY 18/8/2020

- Advertisement -