Ustaz Dasuki jengah warga DUN Batu Tiga

- Advertisement -

SHAH ALAM: Yang DiPertua PAS Kawasan Shah Alam, Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani telah melaksanakan rutin mingguannya menghabiskan masa sehari suntuk menyantuni cakna kehidupan warga penduduk setempat.

- Advertisement -

Aktiviti turun padang ini dilaksanakan beliau dengan ziarah rumah ke rumah, memberikan sumbangan barangan asas, selain berdialog bersama penduduk yang diadakan khusus di Seksyen 19B dan 19D serta Seksyen 20, di sini semalam.

Tokoh ilmuan ini memulakan rutin ini seawal kuliah Subuh, diikuti ziarah kepada golongan warga emas dan sakit terutamanya dengan turut disertai Ketua-ketua PAS Cawangan terlibat disamping menghulurkan kit sumbangan dibawanya.

Ustaz Dasuki juga pada kesempatan bertemu para penduduk juga turut mengambil maklum segala aduan berkaitan yang akan dipanjangkannya kepada pihak tertentu atau untuk tindakan susulan bagi mengatasi masalah berkaitan.

Pertemuan mesra beliau bersama penduduk juga tidak lekang disertakan dengan peringatan-peringatan nasihat, tazkirah, zikir dan doa memandu setiap yang ditemui supaya istiqamah dan sentiasa mendampingi Allah S.W.T.

Turut diadakan adalah dialog khusus bersama masyarakat setempat yang dilangsungkan selepas solat Asar di PASTI Al-Quds pada program mewakili DUN Batu Tiga ini dan akan disusuli pula di DUN Kota Anggerik pada minggu hadapan. – HARAKAHDAILY 17/8/2020

- Advertisement -