UAE bersekongkol dengan musuh

- Advertisement -

TULISAN ini bagi melahirkan rasa sedih dan kecewa atas pendirian terkini negara Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang secara rasmi memeteraikan perjanjian dengan negara haram Israel sekali gus membuka laluan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Tanpa memikirkan sensitiviti Arab, jauh sekali sensitiviti umat Islam yang mengimpikan kemenangan buat perjuangan rakyat Palestin yang menuntut hak mereka dari rejim Zionis maka UAE menjadi negara ketiga yang mengiktiraf Israel selepas didahului oleh Mesir (1979) dan Jordan (1994).

Pendirian UAE ini melengkapkan siri pembantaian mereka kepada Islam yang bergabung bersama Mesir. Sejak Almarhum Dr. Mohammad Morsi menerajui Mesir, UAE telah menjadi pangkalan kepada pihak yang anti-Morsi untuk merancang komplot menjatuhkannya. Kita masih ingat peranan besar Ahmed Syafiq, Tihani Gabali, Hamden Sobbahi bekerjasama erat dengan Dohi Khalfan, Ketua Polis Dubai. Akhirnya berlaku rampasan kuasa dengan jaya pada 3 Julai 2013 maka Morsi disingkirkan.

- Advertisement -

Hari ini, perasaan umat Islam bagai disiat-siat tanpa malu oleh UAE. Apalah berbangga dengan bangsa Arab jika itu, kerana tiada apa-apa nilaian di sisi agama. Rasulullah pernah menyebut dalam sepotong Hadis kepada Ummu Salamah R.A:

ويل للعرب

“Celaka bagi Arab.” 

Benarlah apa yang disabdakan oleh junjungan Rasulullah S.A.W perihal umatnya di akhir zaman yang akan diratah seperti orang yang lapar berhadapan dengan makanan. Bukan kerana sedikit bilangan tetapi banyak umpama buih di lautan:

عثاء كغثاء السيل

Lebih dahsyat mereka ditimpa dengan penyakit al-wahn iaitu cinta kepada dunia dan benci kepada kematian.

Apa lagi bentuk bahasa yang boleh diungkap buat mereka yang tak mengerti bahasa. UAE keliru, siapa kawan, siapa lawan. 

ABDUL MALIK – HARAKAHDAILY 17/8/2020

- Advertisement -