Muslimat Indera Mahkota bantu mangsa kebakaran

- Advertisement -

INDERA MAHKOTA: Muslimat PAS Kawasan Indera Mahkota telah mengadakan kunjungan ziarah prihatin menyantuni dua keluarga mangsa kebakaran yang terlibat dalam tragedi itu minggu lalu di kediaman mereka di Balok Perdana, di sini kelmarin.

- Advertisement -

Lawatan dipimpin Ketua Muslimat PAS Indera Mahkota, Salwani Salleh dan Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Muslimat PAS Indera Mahkota, Azmoni Mohamed ini telah menyampaikan sumbangan kepada keluarga terbabit.

Mangsa, Shera Jaafar menceritakan kembali detik cemas kebakaran di kediaman disewanya itu di mana beliau tiada di rumah ketika kejadian, namun bersyukur anak-anaknya berumur 5, 8 dan 10 tahun cepat-cepat menyelamatkan diri.

Manakala mangsa kedua, Sarah Nufatihah Sanusi juga bersama anak-anaknya tiada di rumah ketika kejadian kerana keluar berniaga, tetapi jiran tetangga telah masuk mengawal api yang marak datang dari rumah jirannyam Shera.

Ekoran kemusnahan dialami kediaman dialami kedua-dua keluarga ini pada kebakaran yang masih dalam siasatan puncanya itu, mereka terpaksa berpindah ke rumah lain sementara kerja-kerja pembaikan sepenuhnya dilakukan.

Sumbangan dari Skuad Prihatin itu telah disampaikan Salwani hasil kutipan derma daripada orang ramai bagi meringankan beban mereka yang dititipnya bersama peringatan supaya bersabar dengan dugaan itu. – HARAKAHDAILY 17/8/2020

- Advertisement -