iKasih buat kebajikan guna teknologi

- Advertisement -

IKASIH atau Rantaian Kasih Malaysia merupakan sebuah pertubuhan yang aktif dalam kerja-kerja kebajikan menggunakan teknologi semasa terutama media sosial. 

Pertubuhan ini mencipta satu platform amal dengan menggunakan teknologi digital yang dinamakan iKasihNet untuk memberi peluang kepada orang ramai beramal dengan memanfaatkan teknologi baru. 

Semalam saya hadir merasmikan pelancaran iKasihNet yang diadakan di Kolej Komuniti Sik serta merasmikan Pusat empowerNCER Daerah Sik.

- Advertisement -

Saya juga turut dibawa melawat kelas dan bengkel penyediaan makanan bagi melihat produk yang dihasilkan oleh pelajar Kolej Komuniti Sik. Antaranya ialah bengkel pembuatan telur masin kaedah sekam padi, bakeri dan pembuatan susu dari kacang soya.

Kursus yang ditawarkan di kolej ini mendapat kerjasama dari NCER dan Yayasan Petronas melalui program empowerNCER iaitu latihan yang memberi fokus kepada kemahiran dan keusahawanan.

Hadir sama Presiden iKasih Malaysia, Mohd Halim Abu Nawar; Presiden iKasih Kedah dan Perlis, Ismail Abu Bakar, Timbalan Pengarah Kolej Komuniti Daerah Sik, Norhaslindawati Zainol, Pegawai Daerah Sik, Mahamad Suhaimi Man, Ahli Parlimen Sik, YB Ahmad Tarmizi Sulaiman dan Adun Belantek, YB Ustaz Haji Mohd Isa Shafie.

YAB MUHAMMAD SANUSI MD NOR
Menteri Besar Kedah – HARAKAHDAILY 17/8/2020

- Advertisement -