Ekonomi Arab akan melimpah ke Israel

- Advertisement -

UAE dan Israel telah menandatangani perjanjian damai dan diplomatik antara dua negara. Selain dari itu akan dijalinkan juga hubungan ekonomi seperti yang diisytiharkan sebelum ini.

Sebelum Emiriah, Mesir dan Jordan juga telah membuat hubungan dan mengiktiraf Israel tetapi bezanya ialah Mesir dan Jordan lebih kepada menjaga keselamatan sempadan Israel.

Adapun hubungan antara Emiriah dengan Israel lebih besar kesannya kerana ia melibatkan ekonomi yang mana ia akan membawa kepada dua perkara iaitu:

- Advertisement -

(1) Pelaburan besar-besaran harta Emiriah ke Israel.

(2) Pelancongan dengan membuka laluan penerbangan dari Abu Dhabi ke Tel Aviv.

Emiriah mempunyai simpanan dan dana pelaburan yang ketiga tertinggi di dunia yang bernilai 597 bilion dolar.

Dalam masa yang sama penerbangan langsung ke Israel juga akan menjana ekonomi Israel dan akan merancakkan sektor ekonominya.

Hasilnya ialah banyak wang Arab akan melimpah masuk ke Israel dan ini akan menyelamatkan Israel dari krisis ekonomi.

Lebih daripada itu ia juga akan membantu Israel membeli lebih banyak senjata bagi menyerang negara-negara umat Islam di sekelilingnya seperti Palestin, Syria dan Lubnan.

USTAZ MOHD AKMAL KAMARUDIN – HARAKAHDAILY 17/8/2020

Rujukan:
https://m.arabi21.com/story/1293346

- Advertisement -