COVID-19: Kerajaan P. Pinang tidak patut alpa

- Advertisement -

DEWAN Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang memandang serius terhadap kelemahan pengurusan Kerajaan Negeri Pulau Pinang berkenaan kemasukan VVIP asing dari Indonesia untuk tujuan pelancongan perubatan (medical tourism).

- Advertisement -

Reaksi tidak tahu yang dinyatakan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow seolah-olah menunjukkan pihak Kerajaan Negeri cuai, alpa dan tidak bersiap siaga menghadapi risiko sedang didepani seluruh dunia kini. Kerajaan Negeri juga dilihat tidak begitu serius dalam membendung penularan wabak COVID-19 ini berikutan banyak kes import yang dilaporkan setiap hari. Malah kes yang baharu seperti kluster sivangga pun asalnya berpunca daripada kes import.

Pemuda PAS Pulau Pinang menggesa kerajaan negeri lebih tegas dalam mengawal aktiviti pelancongan perubatan dan tidak seharusnya memikirkan keuntungan daripada aktiviti ini sehingga memperjudikan keselamatan rakyat.

Tindakan kerajaan negeri tidak harus menjadi punca kebimbangan kepada awam, sebaliknya wajib menjadi contoh dan ikutan. Rakyat mesti menjadi keutamaan kerajaan negeri berbanding segala perkara lain.

Pemuda PAS Pulau Pinang dan seluruh rakyat melihat kerajaan negeri seharusnya mengambil keputusan segera menyekat aktiviti ini sebagaimana telahpun diputuskan pada mesyuarat tergempar yang diadakan pada hari ini.

Pemuda PAS Pulau Pinang juga memuji kecaknaan rakyat dan media yang cepat memberi tekanan kepada kerajaan negeri untuk bertindak memperbaiki keadaan. Kami akan terus bersama komited memerhati dan menasihati kerajaan negeri demi kesejahteraan rakyat Pulau Pinang.

USTAZ HANIF HARON
Ketua Penerangan Pemuda PAS
Negeri Pulau Pinang – HARAKAHDAILY 17/8/2020

- Advertisement -