YB Andansura panjat tiang pasang Jalur Gemilang

- Advertisement -

INDERA MAHKOTA: PAS Kawasan Indera Mahkota menyemarakkan semangat cinta negara menerusi program kibar Jalur Gemilang yang diadakan di Perumahan Balok Perdana, Beserah, di sini semalam.

- Advertisement -

Program sempena Sambutan Kemerdekaan dengan mengangkat tema ‘Malaysia Prihatin’ ini telah menerima rangsangan semangat dengan kehadiran ADUN Beserah, Andansura Rabu yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang.

Malah, Andansura turut ‘membakar’ semangat kemerdekaan para hadirin apabila beliau sendiri memanjat tiang lampu yang terpilih untuk menggantung Jalur Gemilang kebanggaan rakyat Malaysia ini.

Ketua PAS Cawangan Balok Perdana, Mohd Asri Mohd Nor menyifatkan keamanan dan kebebasan dinikmati negara adalah nikmat Allah yang wajar disyukuri di mana keraian sedemikian antara cara menzahirkannya.

Pemasangan Jalur Gemilang di sekitar kawasan perumahan ini telah dijayakan oleh ramai anak-anak muda dalam kalangan penduduk setempat yang mewarnakan keceriaan landskap di sini disamping memugar jiwa patriotisme.

Kempen ini dihebahkan ke seluruh Beserah, Semambu dan Indera Mahkoa dengan pelancarannya telah disempurnakan EXCO Kerajaan Negeri Kelantan, Ustaz Wan Roslan Wan Hamat pada Mesyuarat Agung Tahunan PAS Indera Mahkota baru-baru ini. – HARAKAHDAILY 16/8/2020

- Advertisement -