Sambutan Merdeka DUN Damak pugar patriotisme

- Advertisement -

JERANTUT: Sambutan Kemerdekaan Ke-63 bertemakan ‘Malaysia Prihatin’ di peringkat DUN Damak telah dirasmikan ADUN Damak, Ustaz Zuridan Mohd Daud pada program yang diadakan di Maahad Dirasat Diniyyah (MADAD), di sini kelmarin dulu.

- Advertisement -

Kempen bersama kibaran Jalur Gemilang ini dilancarkan bertujuan untuk menyuburkan lagi semangat patriotisme iaitu perasaan cinta yang mendalam terhadap negara tanah tumpah darah ini dalam jiwa seluruh warga Malaysia amnya dan penduduk Jerantut khususnya.

Tetamu yang hadir terdiri daripada Penolong Pegawai Daerah, Afiq Radzuan dan Ketua Balai Polis Daerah Jerantut, Inspektor Mohd Razzi Ismail serta Yang Dipertua PAS Kawasan Jerantut, Ustaz Yohanis Ahmad juga Kadi Jerantut, Syarifudin Mohamad Sa’ad.

Turut sama adalah Penolong Pegawai Pejabat Pendidikan Jerantut, Ustaz Ridhuan Abdullah dan Pegawai Penerangan Jerantut, Nur Saliza Shafie serta Pegawai KEMAS Jerantut, Wan Khairul Anuar Wan Mohd Rozali dan Pegawai Perpaduan Jerantut, Rafidah Isnin.

Majlis sambutan kemerdekaan penuh meriah ini telah bermula dengan nyanyian lagu Negaraku, bacaan doa, gimik potong kek merdeka, serahan bendera, sesi bergambar dan berakhir dengan nyanyian lagu Jalur Gemilang.

“Mudahan Allah S.W.T berkati negara kita ini dan bebas daripada sebarang anasir yang boleh merosakkan. Hidupkanlah budaya cintakan negara kepada kaum keluarga, anak-anak dan pupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat kita yang berbilang kaum dan juga pelbagai agama, Insyaa-Allah,” kata Ustaz Zuridan

Hadir sama adalah Timbalan Pengerusi Majlis Guru PASTI Jerantut, Hamizawati Bin Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) Simpang Tebing Tinggi, Mohd Arif Yusof serta Pengerusi Kelab Rukun Tetangga Mat Kilau, Dato’ Abdul Satar Jalil. – HARAKAHDAILY 16/8/2020

- Advertisement -