Perunding SkimPAS diperkenal aplikasi khas

KUALA LUMPUR: Seramai 40 peserta mewakili Parlimen dalam Wilayah Persekutuan dan Selangor telah menghadiri Kursus Asas Pencarum SkimPAS Kawasan (KAPSK) di Hotel Tune PWTC, di sini semalam.

Advertisement

Kursus selama 8 jam tersebut telah diadakan bagi memberikan kefahaman yang jelas mengenai cara penggunaan Sistem Aplikasi SkimPAS dalam usaha melancarkan lagi gerak kerja para perunding.

“Aplikas SkimPAS ini akan memberikan kemudahan kepada para peunding terutama dalam proses pendaftaran pencarum”, jelas Pengarah SkimPAS Pusat, Abdul Razak Mohamed yang juga Timbalan Pengerusi 4 Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat.

Majlis diakhiri dengan penyerahan sijil penyertaan kepada semua peserta yang disampaikan oleh Timbalan Pengerusi 2 Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat, Mohd Yusop Abdul Hamid.

Turut hadir dalam Kursus tersebut Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Wilayah Persekutuan, Abu Bakar Sidek. – HARAKAHDAILY 16/8/2020