Muslimat PAS Lumut prihatin nasib ibu tunggal

- Advertisement -

LUMUT: Dewan Muslimat PAS Kawasan Lumut telah mengadakan kunjungan ziarah dan membantu ibu tunggal yang keuzuran di Kampung Batu 10, Lekir, di sini kelmarin.

- Advertisement -

Seorang ibu tunggal, Meriam Hijab yang kini terlantar akibat patah peha telah menerima sumbangan sebuah katil dari PAS Lumut ketika sesi lawatan di kediamannya itu.

Pada masa sama, pihak Muslimat turut membantu menerangkan kepada pesakit dan ahli keluarga berkenaan sumbangan kebajikan yang telah ditawarkan oleh kerajaan kepada golongan yang memerlukan serta membantu mengisi borang permohonan.

Ketua Muslimat PAS Lumut, Rohawati Abidin menyatakan, usaha seperti itu merupakan antara amal jariah kerana membantu golongan yang memerlukan dan mereka yang dalam kepayahan dipermudahkan dari perhatian diberikan.

“Sebagai rakyat biasa yang Allah berikan nikmat kesihatan dan nikmat masa lapang, kita mestilah bersyukur dengan menyumbangkan masa dan tenaga membantu mereka yang diuji dengan kesusahan dan musibah,” ujarnya.

Turut hadir Yang Dipertua PAS Lumut merangkap Ahli Majlis Perbandaran Manjung, Rosli Abd Rahman bersama Habibah Rasdi. – HARAKAHDAILY 16/8/2020

- Advertisement -