Muallaf perlukan bimbingan berterusan pendakwah

- Advertisement -

TEMERLOH: Lajnah Dakwah Dewan Muslimat PAS Kawasan Temerloh telah mengadakan program Ziarah Muallaf sebagai memenuhi tanggungjawab memberi bimbingan kepada golongan tersebut yang tinggal di sekitar Parlimen ini, semalam.

- Advertisement -

Diketuai Pengerusi Lajnah Dakwah Muslimat PAS Temerloh, Ustazah Mursyidah Mohd Amin, program ini bertujuan membiasakan petugas  untuk mendidik asas fardu ain, memberi sumbangan kebajikan dan mengajar kefahaman Islam terutama praktikal solat yang betul.

Antara mereka ialah muallaf berbangsa Cina, Aisya Humaira Katarina Ulok Awie, 24 berbangsa Iban berasal dari Kapit, Sarawak dan bekerja sebagai kerani, telah memeluk Islam sejak 2017 dan istiqamah walaupun tidak belajar Islam dari suaminya.

Muallaf berbangsa India, Muhammad Aliff Theva Kenesan, 47 telah memeluk Islam tahun 2016 dan kini bekerja sebagai pemandu Grab, di mana tetap istiqamah di bawah bimbing ibu mertua walaupun isterinya telah meninggal dunia hampir setahun.

Di Kampung Paya Badak dan Kampung Paya Berangan Lebak Seberang Temerloh, petugas menemui beberapa muallaf juga antaranya Syam Dubin, 62 yang isteri berasal dari Indonesia di mana kini berniaga kedai runcit.

Juga ditemui Zubaidah Abdullah, 31 tetapi belum berkawin dan bekerja menoreh getah, sementara Aziah Abdullah, 36 tahun yang memeluk Islam tahun 2016, kini bahagia bersama suami dan tiga anaknya.

Delegasi turut beramah dengan Noraini Abdullah, 52 tahun yang memeluk Islam sejak 2002 dan bekerja ladang serta memiliki 6 cahaya mata, manakala Anita Abdullah, 32 tahun memiliki 3 anak dan telah memeluk Islam sejak tahun 2016.

Turut hadir sama menyuntik sokongan kepada program ini adalah Ketua Muslimat PAS Temerloh, Ustazah Alawiyah Kasdan beserta Pengerusi Lajnah Dakwah Muslimat PAS Kawasan Kuala Krau, Ustazah Fatimah Muhamad.

Dari dapatan ziarah ini pihak Lajnah Dakwah menyimpulkan perlunya ziarah lebih kerap dilakukan memandangkan banyak aspek fardu ain belum mantap walaupun kehidupan mereka didatangi guru agama dan terdapat surau berdekatan.

Ustazah Mursyidah juga merekodkan bahawa sebahagian muallaf terutama dalam kalangan berketurunan Cina dan India berusaha mendalami agama berbanding Orang Asal yang masih belum sepenuhnya mahu mendalami ilmu agama Islam.

Terangnya, kebanyakan mereka tidak tahu solat dan tidak tahu membaca al-Quran, cuma dapat melaksanakan ibadah puasa Ramadan sahaja yang memerlukan mereka terus dibimbing. – HARAKAHDAILY 16/8/2020

- Advertisement -